Saturday, April 14, 2007

WAD 04-04

Kali ini tentang mesteri sebuah bilik ICU bernombor 04-04 yang sentiasa meragut nyawa pesakit pada tiap petang hari jumaat secara mengejut. Tidak mengira umur, jantina, tua-muda, kecik-beso, berharta atau meskin papa kedana maupun orang kenamaan atau rakyat biasa. Tidak ada yang pernah terlepas dari menghadapi maut tanpa dikesan sebab musababnya. Pihak spital sebelum itu telah mengunakan khidmat bomoh dan dukun hatta penyiasat paranomal namun masing-masing buntu dan lesu mencari punca kejadian mati mengejut yang menimpa penghuni wad 04-04.

Walaupun berat hati dan sedikit bengkek, diorang akhirnya sebujur suara bersetuju menjemput Pak Din (penyiasat paranomal) pasal terpaksa akur dengan keputusan muktamad Ketua Pengarah spital yang ada bau-bau belacan dengan Pak Din. Sekiranya Pak Din gagal untuk menyelesaikan maka barulah wad 04-04 akan ditutup secara rasminya.

Pak Din telah mengambil kesempatan pusing jalan-jalan muntahkedarah terlebih dulu disamping meneutralkan lubang hidungnya yang tersumbat dek belacan yang berbau cekam kaki. Setelah sakan berehat dan membeli belah, maka menujulah Pak Din dengan santainya ke Hospital XXX. Setiap yang melihat Pak Din:-

Si Celik terjuih-juih mulut,
Si buta terlopong-lopong lubang hidung,
Yang jalan mengengsot lalu boleh berlari,
Yang belari terus belari tertoleh-toleh.

Begitulah masing-masing masyarakat di situ melihat takjub peribadi Pak Din yang skit punya..rupe.


Bersambung.....

5 comments:

Señor Shahril said...

aku tahu jawapannya... hehehe
Pak Din selalu cabut suis...

kwang, kwang, kwang.

Fique Fique said...

hampeh ko shahril... @#$#$%$^%%&

Fique Fique said...

hampeh ko shahril... @#$#$%$^%%&

Señor Shahril said...

jangan marah yek...

Fique Fique said...

tak marah... amik...amik semua harta aku...