Friday, March 30, 2007

Korang nie Manusia ke ???

Korang memang slumber... sporting le tu kot atau korang sebenarnya bukan manusia tulen. Ada baik korang belek-belek kat cecelah rambut tu kot ada skru ke, paku kat belakang tengkuk ke... apa ke yg berupa mekanisma elektronik. Sekiranya korang ada melakukan sekurang-kurangnya satu perkara kat bawah ni memang sah korang ni bukan manusia normal. Alien ke apa ntah.

1. Sewaktu beratur panjang di kuanter bank korang tidak langsung cuba menahan sebaliknya kentut sekuat-kuat hati dan berasa puas pulak dengan bau yang dihasilkan.

2. Ada sepasang suami isteri, tiga orang kanak-kanak dan seorang tua yang berdiri sejauh mungkin dari korang. Giler ah...buleh kencing berdiri dalam lif tu.

3. Korang cedera parah dalam kemalangan dan mujurlah ada yang nak tolong hantar gi hospital tapi korang meraung-raung mintak singgah kedai nombor ekor dulu.

4. Tengah ramai orang lalu-lalang dan dengan machonya menyeluk bontot seluar, menggaru. Agak dah tak rasa gatal lagi korang cium plak jari tu dengan herotan hidung menggambarkan kepuasan tak terhingga.

5. Sengaja mempamerkan aksi-aksi korang mengorek "bijih" di depan kemera sekuriti di sebuah shopping complex.

6. Korang turut menghembuskan hingus pekat dan sedaya upaya melepaskan kahak semasa doktor gigi hanya menyuruh meludahkan air kumuran.

CARA NAK BAGI ORANG SENANG HATI

Semua makhluk dalam dunia ni tak pernahnya senang. Macamana pun sedikit mesti ada perasaan susah hati, lebih-lebih lagi dari golongan manusia. Tak kira la ahli keluarga korang ke, saudara-mara korang ke, sahabat korang ke atau pun korang sendiri. Betul tak cakap aku? Apa hal nak geleng kepala pulak. Tak baik menipu diri sendiri nanti korang jugak yang rugi. Nak tau kenapa? Aku boleh bagi tips kat korang bagaimana cara nak bagi orang senang hati.

1. Bagi duit. Gerenti suka punyalah, maklumlah dapat duit tapi jangan bagi semua nanti korang pulak yang susah hati.

2. Buat lawak. Tapi jangan la pulak buat lawak bodoh nanti tak memasal dapat tempeleng pulak.

3. Bertanya apa masalah yang dihadapi untuk menunjukkan rasa amil berat korang terhadap diorang.

4. Bawak-bawak pegi melancong. Perbelanjaan plak korang yang tolong tanggung.

5. Sentiasa beri khabar berita baik walaupun korang terpaksa mereka-reka cerita.

Macam Pelik Tapi Tak Heran


Kilat


Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tambahan (baja) setahun






Ikan Jerung

Jika Ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.






Anjing

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kauntiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Jika tinggi kelembapan suhu peluh akan keluar dengan banyak. Pengeluaran peluh penting untuk menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badan dengan menjelirkan lidah untuk mengeluarkan haba.


p/s: Sapo yang suka menjelir lidah, kawan anjing la...