Thursday, April 5, 2007

Membuang Hantu Raya


Cerita ini adalah berdasarkan cerita benar yang dibenarkan untuk dibaca.

Pak Ajis masih resah gelisah, dah seminggu beliau berkedaan begini. Apasal agaknya prolem yang melanda beliau ini? Tak lian tak bukan ialah kerana beliau ingin membuang hantu raya yang dibelanya sejak dua puluh tahun yang lalu. Apasal pulak beliau nak buang hantu rayanya itu? Sebab beliau dah tak sanggup lagi hidup bersekongkol dengan syaitan dan hantu puaka semua ini. Yelah Pak Ajis pu makin hari makin tua, umur makin pendek...takkan la sampai mati beliau nak melibatkan diri dengan benda syirik dan tahyul mcm ni. Lagi pun hantu rayanya itu suka sangat menyakat anak bini Pak Ajis. Pernah sekali tu hantu raya tersebut cuba mengorat bini Pak Ajis dengan menjelmakan dirinya serupa dengan wajah seorang artis terkenal bollywood, tapi nasib baik bini Pak Ajis ni tak minat pelakon Bollywood bahkna tak kenal pun siapa artis Bollywood tersebut. Beliau menyangkakan hantu raya tersebut adalah seorang pekerja Bangla, kalau tidak dah lama dia jadi aweks kepada hantu raya tersebut. Tu semua salah Pak AJis jugak... yang di pegi bela hantu raya tu apesal? Bukan ke kat dunia ni banyak binatang ternakan yang boleh dibela dan mendatangkan hasil yang lumayan. Haaa ni la akibatnya bila nak buat sesuatu perkara tu tak fikir buruk baiknya dulu. Bila dah jadi mcm ni baru la kelam kabut.

Yang Pak Ajis runsingkan ini bukan apa, nak membuang hantu raya ni bukannya senang, silap-silap buang nanti dia balik semula ke rumah. Apakah lagi hantu raya beliau ni pulak bijaksana macam Sang Kancil. Pernah dulu sekali Pak Ajis cuba buang dengan menggunakan petua yg orang tua-tua bagi tapi tak jalan. Antara petuanya ialah menyuruh hantu raya tersebut menanam jagung jauh kat dalam hutan dan tunggu sehingga jagung tu tumbuh tapi hantu rayanya dah tau semua taktik menipu mcm tu.

"Alaa.... Pak Ajis jangan nak cong saya la. Saya dah biasa baca cerita pasal buang hantu raya pakai jagung rebus ni... jagung rebus mana buleh tumbuh. Apa la bangang sangat orang yang bagi petua macam tu, ye tak?" Hantu rayanya yang berkata penuh konfiden dan penuh bijaksana ini yang membuatkan Pak Ajis susah untuk membuang beliau.

Dulu pernah jugak Pak Ajis menyuruh hantu rayanya join mat rempit untuk masuk lumba haram, siap Pak Ajis bagi pinjam motor lagi. Mana tau kalau-kalau masa merempit tu hantu rayanya jatuh moto ke, lepas tu patah tengkuk dan terus meninggal... kan setel problem. Tapi harapan Pak Ajis hancur berkecai, bukannya setakat tak jatuh motor malah hantu rayanya buleh menang merempit, dah tu dapat aweks lagi dan seterusnya dapat duit pertaruhan la pulak. Tu yang buat hantu rayanya terus teruja untuk menjadi mat rempit sepenuh masa hingga mengabaikan tugasnya untuk menjaga kebun.

Semakin hari Pak Ajis semakin dengan tingkah laku hantu rayanya itu. Buleh dikatakan tiap-tiap hari ada je perangai tak senonoh yang dilakukannya. Minggu lepas disakatnya anak Pak Ajis yang sekolah darjah tiga tu hingga terkena demam denggi budak tu dibuatnya. Sebulan lalu dia menyamar jadi salesman barang elektrik, masa Pak Ajis pegi ke kebun dia kelentong isteri Pak Ajis seuruh masuk peraduan gores dan menang, bila isterinya dah bayar duit dia pow pulak duit tu, bila tanya bila hadiah buleh dapat dia kata hadiah tengah order dari Australia, tu lambat sikit sampai. Tapi sampai sekarang habuk pun takde. Sebenarnya macam-macam lagi perkara yang hantu rayanya itu buat tapi Pak Ajis dah malas nak cerita, buat tensen aje beliau nak memikirkan semua tu. Apa yang penting dan perlu Pak Ajis pikirkan sekarang macam mana nak membuang hantu rayanya itu.

Akhirnya fikir punya fikir, Pak Ajis teringat kat membernya yang dulu sama-sama aktif membela hantu raya. Dengar khabarnya membernya sekarang dah tak membela hantu raya lagi dah. Tu yang Pak Ajis nak tau macammana membernya itu membuang hantu raya tersebut.

Besoknya pegi la Pak Ajis ke rumah membernya itu dah menceritakan problem yang hadapinya.

" Tensen woo..... dapat hantu raya macam tu. Nak buang tak buleh, nak bela buat menyusahkan aku je" Pak Ajis mengeluh kepada membernya.

"Memang hantu raya zaman cyber ni lebih bijak dan susah nak ditipu dengan petua-petua dulu kala tapi aku dah cuba satu petua baru, tu la sebabnya aku berjaya buang hantu raya aku tu" Member beliau yang bernama Wak Sabirin berkata bangga.

"Ye ke? Eh, camna kau buat aaa ? Cuba bagitau aku" Pak Ajis bertanya penuh teruja.

"Macam ni.... kau cari bulu ketiak Negro, kau suruh dia luruskan. Kau cakap kat hantu raya tu, kalau dia berjaya luruskan bulu ketiak tu dia buleh terus duduk rumah kau tapi kalau dia tak berjaya luruskan dia mesti blah dari rumah kau lari masuk ke hutan belantara dan jangan balik-balik lagi. Kau toksah risau, dia takkan berjaya punya luruskan bulu ketiak negro tu". Wak Sabirin menerangkan petuanya.

Setalah puas bebual akhirnya Pak AJis meminta diri untuk pulang. Sampai kat rumah terfikir la pulak beliau kat mana nak cari orang Negro kat Malaysia ni. Ada tu memang la ada, tapi jarang-jarang buleh jumpa. Setelah lima hari berfikir akhirnya beliau mengambik keputusan pergi ke Amerika untuk mendapatkan bulu ketiak Negro.

Untuk kos tambang kapal terbang dan hotel penginapan Pak Ajis terpaksa menjual sebahagian dari tanah kebunya demi menyetelkan problem yang melanda. Haaa, tu la ruginya bila buat benda tak berfaedah macam ni, tak pasal-pasal terpaksa mengabiskan duit ke tempat yang merugikan. Sepatutnya duit yang banyak macam tu boleh digunakan untuk menunaikan haji.

Dipendekkan ceritanya, setelah sampai di Amerika, Pak Ajis ternampak seorang Negro sedang melepak kat sebuah bangku memakai baju tanpa lengan. Pak Ajis bertekad untuk mencabut bulu ketiak Negro tersebut secara mengejut dan lari sepantas yang boleh. Pak Ajis pun berjalan perlahan-lahan dari arah belakang Negro tersebut dan stenbai untuk mencabut bulu ketiaknya. Akhirnya.... zaaassss Pak Ajis berjaya dalam misinya lalu beliau lari sepantas pantasnya menuju ke hotel tanpa dapat dikejar dek Negro tersebut.

Besoknya Pak Ajis pun pulanglah ke tanah air dan sebaik saja sampai kat rumah beliau pun memanggil hantu rayanya.

"Sekarang aku nak bagi syarat kat kau, aku nak kau luruskan bulu ketiak Negro ini. Jika kau berjaya kau buleh tinggal kat rumah aku ni sampai bila-bila tapi kalau kau tak berjaya kau mesti blah dari rumah aku dan jangan balik balik lagi. Faham??!!" Pak Ajis berkata tegas kepada hantu rayanya dan dengan penuh konfiden Pak Ajis menyerahkan bulu ketiak Negro tersebut.

Tanpa berkata apa apa hantu raya tersebut terus mengambil bulu ketiak itu dan blah tak tau ke mana. Setenggah jam lepas tu hantu raya pun balik lalu menyerahkan bulu ketia Negro yang telah pun lurus tu.

Pak Ajis benar benar terkejut. Membernya cakap hantu raya takkan berjaya meluruskan bulu ketiak Negro, habih tu macam mana buleh pulak lurus ni???. Pak Ajis benar benar tensen. Lepas ni dah tentu hantu rayanya takkan blah lagi dari rumahnya sampai bila-bila sebagaimana syarat yang dibuat dek Pak Ajis. Tapi camaner hantu rayanya itu buleh meluruskan bulu ketiak Negro tersebut??

"Gunakan la teknik rebonding!!"- Hantu Rayanya berkata penuh gembira.

No comments: