Korang memang slumber... sporting le tu kot atau korang sebenarnya bukan manusia tulen. Ada baik korang belek-belek kat cecelah rambut tu kot ada skru ke, paku kat belakang tengkuk ke... apa ke yg berupa mekanisma elektronik. Sekiranya korang ada melakukan sekurang-kurangnya satu perkara kat bawah ni memang sah korang ni bukan manusia normal. Alien ke apa ntah.
1. Sewaktu beratur panjang di kuanter bank korang tidak langsung cuba menahan sebaliknya kentut sekuat-kuat hati dan berasa puas pulak dengan bau yang dihasilkan.
2. Ada sepasang suami isteri, tiga orang kanak-kanak dan seorang tua yang berdiri sejauh mungkin dari korang. Giler ah...buleh kencing berdiri dalam lif tu.
3. Korang cedera parah dalam kemalangan dan mujurlah ada yang nak tolong hantar gi hospital tapi korang meraung-raung mintak singgah kedai nombor ekor dulu.
4. Tengah ramai orang lalu-lalang dan dengan machonya menyeluk bontot seluar, menggaru. Agak dah tak rasa gatal lagi korang cium plak jari tu dengan herotan hidung menggambarkan kepuasan tak terhingga.
5. Sengaja mempamerkan aksi-aksi korang mengorek "bijih" di depan kemera sekuriti di sebuah shopping complex.
6. Korang turut menghembuskan hingus pekat dan sedaya upaya melepaskan kahak semasa doktor gigi hanya menyuruh meludahkan air kumuran.
Friday, March 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment